Malaysia scam. Becareful

Shabi912

New member
Messages
3
Reaction score
0
Points
1
Hi. Sy seorang suri rumah dari Kl. Pada pagi ini (8-9-2022) sy telah menerima satu panggilan computer voice yg mengatakan "ini adalah panggilan terakhir utk membuat amaran kepada anda". Sy disuruh tekan 1 utk mengetahui maklumat lanjut. Bila sy tekan 1 ada seorang perempuan yg bercakap menyatakan dia adalah pegawai dari LHDN dan meminta nama dan no ic sy utk membuat semakan. Setelah sy memberi maklumat diri sy, dia menyabitkan sy bersalah tidak membayar tunggakkan cukai sebanyak RM38,800 atas sebuah syarikat yg telah sy buka pada tahun lepas di Kelantan. Dan kalau sy tidak bayar sy akan dimufliskan oleh bank. Sy pun sangat terkejut lalu cakap sy tiada apa2 syarikat sebegitu dan tidak bersalah. Lalu pegawai tersebut berkata dia akan membantu sy utk membuat laporan polis dgn menyambungkan panggilan ini kepada pihak kecemasan polis. Kemudian panggilan sy disambung ke bahagian lain yg menyatakan seorang Sarjan bernama Rosalinda bercakap dgn sy. Dia meminta sy agar mengunci pintu bilik supaya tidak ada suara ketiga mengganggu semasa buat laporan. Lepas tu dia suruh sy check no telefon ipk kelantan di Google dan minta sy salin no tersebut sebab dia akan putuskan panggilan kecemasan ini dan akan memanggil semula dari no ipk yg sy lihat di Google td tp akan ada no kod di depannya. Kemudian dia membuat panggilan dari no sama yg sy lihat td berserta 3 no kod dihadapannya. Senang kata mcm no dari luar negara la. Kemudian dia bertanya alamat dan no ic sy utk laporan tersebut. Selepas itu dia bertanya lg ada berapa akaun bank yg sy simpan berapa byk duit yg ada dalam akaun tersebut. Sy guna hp jenama apa.Dia tnya mcm mana rupa sy berapa berat badan dan tinggi sy dan berapa byk barang kemas yg sy ada. Selepas habis tahu semua maklumat ttg sy lalu dia menyatakan baik laporan telah dibuat dan sy akan hubungi puan dalam masa 24jam lagi. Ini adalah panggilan SCAM sebulat bulatnya dan sy sendiri tak faham mcm mana sy boleh menjawab kepada semua soalan yg ditanya. Sy menasihati kepada semua rakyat di luar sana agar tlg berwaspada dan lebih berhati hati dgn panggilan scam begini. Sy rasa seolah olah mcm dipukau dan sy tidak faham lgsg kenapa sy blh memberi maklumat diri tanpa disedari kepada scammer itu. Tolong berhati hati jgn terpedaya dgn panggilan mesin automatik.
 
Activity
So far there's no one here
Back
Top